logo header

  DAFTAR     

MTC2025

Pengenalan MTC 2025

Konvensyen TVET Madani 2025MTC2025

  

Mengenai MTC2025

simple-bordered-image-food-instagram-post-3

KONVENSYEN TVET MADANI 2025 / Madani TVET Convention 2025 (MTC2025) - Dengan tema "Revolusi Data dan Inovasi TVET" merupakan sebuah platform pembentangan hasil kajian, penyelidikan dan inovasi oleh pensyarah dan pengajar serta pihak industri berkaitan.

Persidangan ini bermatlamat untuk menggalakkan penyelidikan, pembangunan dan inovasi dikalangan pensyarah, pengajar institusi TVET dan pengamal industri selain berkongsi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran melalui pembentangan kertas kerja.

Revolusi Data dan inovasi dalam TVET merujuk kepada transformasi besar yang berlaku dalam sistem pendidikan vokasional melalui pemanfaatan teknologi moden dan data untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran, kualiti latihan, dan kesediaan graduan dalam menghadapi cabaran industri yang sentiasa berubah

Objektif

01

Memperkenalkan dan menggalakkan revolusi penggunaan data TVET untuk penambahbaikan Dataraya TVET seperti analisis data untuk menilai prestasi pelajar, mengesan tren industri dan menyesuaikan kurikulum atau latihan berdasarkan keperluan sebenar pasaran pekerjaan.

04

Meningkatkan kualiti pendidikan TVET dengan mengintegrasikan teknologi dalam kurikulum TVET supaya data pengetahuan dan kemahiran terkini yang diperlukan dalam Dataraya TVET adalah seragam dan boleh diakses oleh industri.

02

Memperkenal dan menggalakkan revolusi inovasi, analitik data TVET dan kecerdasan buatan (AI) dalam metadologi pengajaran dan pembelajaran latihan TVET supaya lebih kompetitif dan relevan dengan keperluan industri.

05

Memberi kesedaran UP_TVET dan Dataraya dikalangan pensyarah, pengajar, pengamal industri dan masyarakat.

03

Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dengan akses kepada platfrom pembelajaran digital dan data berlandaskan Data Raya TVET terutama dalam bidang teknikal yang sentiasa berubah.

06

Meningkatkan kerjasama antara institusi TVET dan industri dalam memastikan revolusi data dan inovasi TVET sesuai dengan perkembangan teknologi serta membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan memastikan mereka mempunyai kemahiran yang relevan dan diperlukan oleh industri masa depan. 

Kategori Bidang

Terdapat empat (4) kategori bidang yang boleh dipilih bagi peserta yang ingin menyertai konvensyen ini.

Aturcara Program

Image
Image