TERMA DAN SYARAT
Penyertaan Peserta
Penyertaan adalah terbuka kepada pensyarah dan pengajar Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS), Universiti Awam, Universiti Swasta dan pengamal Industri.
Pelaksanaan Pertandingan ini akan dibuat secara berperingkat iaitu Peringkat Pra Kelayakan dan Peringkat Akhir seperti dinyatakan dalam Jadual Pelaksanaan Pembentangan seperti di sebelah:
BIL. | PERKARA | AKTIVITI | |
|---|---|---|---|
1. | Peringkat Pra Kelayakan - berdasarkan dokumen yang dihantar | Pada peringkat Pra Kelayakan, semua peserta yang berdaftar perlu menghantar softcopy abstrak kertas kerja melalui platform yang pendaftaran yang disediakan. | |
2. | Peringkat Akhir - secara bersemuka di MITC, Melaka | Projek yang layak di peringkat Pra Kelayakan akan dibentangkan semasa konvensyen TVET Madani 2025 yang dijadualkan pada 11 hingga 13 Jun 2025 bertempat di MITC Melaka. |
Kategori Pembentangan
Terdapat empat (4) kategori bidang yang ditetapkan dalam pembentangan kertas kerja dan peserta perlu memilih SATU (1) bidang penyertaan sahaja. Bidang - bidang tersebut adalah seperti berikut:
- Industri Pertanian dan Asas tani
- Industri Nadir Bumi dan Industri Berasaskan Peralihan Tenaga
- Industri Elektrik dan Elektronik
- Industri Teknologi dan Digital
Tarikh dan Lokasi
11 - 13 Jun 2025
Aras 1, MITC Melaka
3 April - 12 Mei 2025
Pendaftaran Penyertaan Pembentangan Kertas Kerja
Pemohon perlu menghantar softcopy abstrak kertas kerja dan biografi untuk pemilihan ke pra kelayakan
3 April - 12 Mei 2025
3 Mei - 19 Mei 2025
Pra-kelayakan
Semua abstrak yang telah dihantar oleh pemohon akan dinilai oleh Panel Penilai
19 Mei - 23 Mei 2025
Senarai Pendek Peserta Berjaya
Semakan peserta yang berjaya ke peringkat akhir
Peserta yang berjaya perlu membuat pengesahan penyertaan ke peringkat akhir.
Surat jemputan akan dihantar terus ke alamat e-mel peserta.
19 Mei - 23 Mei 2025
19 Mei - 30 Mei 2025
Penghantaran Dokumen Pembentangan (Softcopy)
Kertas kerja
Poster
Slaid
11 Jun 2025
Pendaftaran Peserta Akhir
Pendaftaran peserta akhir di Konvensyen TVET Madani 2025 bertempat di MITC Melaka
11 Jun 2025
11 Jun - 13 Jun 2025
Sesi Pembentangan Kertas Kerja
Pembentangan Kertas Kerja akan berlangsung selama 3 hari bersempena Hari TVET Negara 2025
13 Jun 2025
Majlis Perasmian Penutup
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Anugerah kepada peserta
13 Jun 2025
Tatacara Pendaftaran
-
Pendaftaran penyertaan akan dibuka bermula 3 April 2025 sehingga 12 Mei 2025. Pendaftaran hendaklah dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi Konvensyen TVET Madani 2025 pada pautan DAFTAR. Peserta perlu memuatnaik dokumen abstrak kertas kerja dan biografi di pautan pendaftaran.
-
Panduan bagi penyedian Abstrak Kertas Kerja adalah seperti berikut:
a. disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
b. tulisan jenis Arial, bersaiz 12pt dengan jarak baris 1.5 dan alignment justify;
c. ringkas dan padat;
d. jelas dan tepat;
e. mengandungi elemen penting (pengenalan, objektif, metodologi, hasil penemuan, cadangan dan kesimpulan);
f. ditulis dalam 1 perenggan dan 1 muka surat sahaja;
g. merupakan penulisan asli oleh peserta dan tiada bahagian yang diplagiat daripada mana-mana penulisan lain;
h. file yang dihantar adalah dalam format PDF dan perlu dinamakan berdasarkan nama kertas kerja.
-
Setiap penyertaan mestilah mendapat persetujuan dan kelulusan pihak pengurusan tertinggi agensi masing-masing.
-
Peserta perlu memastikan butiran pendaftaran adalah tepat. Nama yang akan tertera pada sijil penyertaan adalah berdasarkan kepada maklumat yang dikemukakan dalam borang pendaftaran.
-
Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada 12 Mei 2025 pada jam 11.59 malam. Urus setia berhak menolak mana-mana penyertaan yang lewat.
Senarai Anugerah Ditawarkan
BIL. | ANUGERAH | |
|---|---|---|
1. | Kertas Kerja Terbaik: Bidang Industri Pertanian dan Asas Tani | Sijil dan Cenderahati |
2. | Kertas Kerja Terbaik: Bidang Industri Nadir Bumi dan Peralihan Tenaga | Sijil dan Cenderahati |
3. | Kertas Kerja Terbaik: Bidang Elektrik dan Elektronik | Sijil dan Cenderahati |
4. | Kertas Kerja Terbaik: Bidang Teknologi dan Digital | Sijil dan Cenderahati |
5. | Penerbitan Jurnal di peringkat Universiti dan CIAST berdasarkan bidang bagi kertas kerja terbaik | |
6. | Sijil Penyertaan |
